Isnin, 9 Januari 2012

APAM ANGRY BIRD/ LADY BIRD/ POLKADOT

































tq kengkawan yg selama ini banyak memberi sokongan dan komen pada hobi dan minat saya..

untuk mereka yg berada di sekitar klia,sepang dan enstek.. jika berminat untuk menempah apam angry bird/ lady bird/ polkadot/bee/lain2 bentuk yg agak bersesuaian. Sesuai untuk majlis dan hantaran serta buah tangan.




boleh hubungi saya di no. 010-8401613 (su). Harga pagi 1biji apam 30sen.(ada inti) untuk tempahan 50biji RM14(berinti pelbagai perisa seperti bluberi/oren/strawberi/choc)



resepi ni copi dr myResepi.com



Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)



Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.



Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa



Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.



Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan / buat bentuk pilihan




Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit




Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.




Selamat Mencuba :-)

 
DARI DAPUR SURIYATI ZUHAINI - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore