Sabtu, 18 Februari 2012

TRIFFEL KEK SPAN




Kelmarin buat pandan layer...dah lama nak buat tapi mengenangkan byak kerja/langkah2 gagahkan jugak. pasal dah tgok kat pasar tu jadi terliur lak plak...lebih kek tu syang nak buang buatkan triffel ni..klau pakai kek span siap beli boleh gak..tak pun kek chiffon pandan tu..samudera kek tu slalu offer..
lapis nyer buatkan kastard lps tu letak buah koktel dan tutup dgn jelly segera nona perasa pilihan..nak sedap resberi ler...





Ini kek chiffon offer RM3.++

tips..klau pkai kek ni..tekan2 sikit bagi padat yer. Pasal kek ni lembut macam namanyer...













ha..ni jelly nona nye


















Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci ) dr resepi Mat Gebu Pandan Layerd Cake

BAHAN2 UNTUK KEK:-
1. 5 biji telur Gred A
2. 160 g gula
3. Satukan dan ayak125 g tepung gandum
4. 1 camca teh baking powder
5. 75 g minyak jagung /minyak masak
6. 15 g ovallate
7. 1 camca teh paste pandan /perasa pandan
8. 2 camca besar susu segar/cair
9. Sedikit pewarna hijau

untuk kastard..

1 tin susu cair/susu tepung + air
2/3 sudu kastard ikut nak lembik/ keras kastard
gula cukup rasa
garam sikit bagi lemak2 rasa
1 sudu serbuk jelly bagi nampak kilat jer..x letak pun boleh

1 tin buah koktel


bahan jelly beli yg nona tu..40grm campur dgn 2cwn air..tak pun kat kotak ada tulis mcm ner nak bancuh.


UNTUK KEK:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong.

UNTUK KASTARD:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas dicampur sekali air tapisan buah tin tadi pun ok. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. kalau nak keras lebihkan tepung kastard... masa memasak kita boleh agak keras/ lembiknyer kastard kita tu..Matikan api dan biar suam sedikit baru tuang atas kek. Dah sejuk bubuh buah koktel tu...pas tu tuangkan jelly yg telah dimasak plak...senang jer...









Jumaat, 10 Februari 2012

KUIH BAKAR/ BAULU KEMBOJA




Salam kengkawan. Bebaru ni saya kembali tergerak nak buat kuih ni..lama juga berehat akhirnya saya buat kormesial sikit sebagai produk tambahan. Saya sukat ikut sukatan buat kuih cara tu cuma lebihkan telur. Cara mudah tak yah pakai mixer


Bahan2;



  1. 1 1/2 cawan tepung gandum

  2. 1 cawan santan/susu cair (kalau pakai susu tepung cairkan 4sudu utk 1cwn air)

  3. 1 cawan air pandan/air biasa lps tu letak pes pandan (utk dptkan bau pandan yg wangi)

  4. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

  5. 1 cawan telur yg sudah dipecahkan masuk dlm cwn

  6. pewarna hijau pekat sikit

  7. garam secukup rasa

  8. 1 cawan gula

Cara2;



  1. pukul telur bersama gula, santan dan air

  2. masukan serbuk kayu manis,garam dan pewarna hijau

  3. kacau sebati siap untuk dibakar

  4. panaskan acuan dan sapukan minyak pada acuan

  5. tuang adunan dlm acuan jgn penuh2 sebab nanti adunan akan naik

  6. bakar dlm 30-45 minit ikut tahap oven masing2

  7. selamat menjamu selera.....

Selasa, 7 Februari 2012

kek karot

resepi ni saya copi dari sebuah blog gak...tapi dah lupa dari mana?? hasilnya saya dah buat nega kat tempat kerja....


















Bahan2 (kek) :-



  • 200 g lobak merah, diparut & dikukus (saya tak kukus)

  • 250 g tepung gandum

  • 200 g gula perang

  • 200 g minyak jagung (saya guna minyak masak..budjet)

  • 70 g badam, dicincang (saya guna kacang tanah yg diblend)

  • 70 g kismis, dicincang

  • 4 biji telur gred A (saya guna mana yg ade)

  • 3 keping nanas dlm tin, dicincang (saya tak bubuh)

  • 2 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh soda bikarbonat

  • secubit serbuk kulit kayu manis

    Cara2 (kek) :-


  • campur & gaulkan semua bahan kering (tepung, baking powder, soda bikarbonat & serbuk kulit kayu manis). ketepikan.

  • menggunakan mixer /whisk , pukul telur & gula hingga kembang.


  • masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.


  • perlahankan putaran & masukkan bahan kering tadi.


  • kaup masuk lobak merah, nenas, badam & kismis.


  • bakar dlm loyang ukuran 9 inci pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.

Isnin, 9 Januari 2012

APAM ANGRY BIRD/ LADY BIRD/ POLKADOT

































tq kengkawan yg selama ini banyak memberi sokongan dan komen pada hobi dan minat saya..

untuk mereka yg berada di sekitar klia,sepang dan enstek.. jika berminat untuk menempah apam angry bird/ lady bird/ polkadot/bee/lain2 bentuk yg agak bersesuaian. Sesuai untuk majlis dan hantaran serta buah tangan.




boleh hubungi saya di no. 010-8401613 (su). Harga pagi 1biji apam 30sen.(ada inti) untuk tempahan 50biji RM14(berinti pelbagai perisa seperti bluberi/oren/strawberi/choc)



resepi ni copi dr myResepi.com



Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)



Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.



Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa



Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.



Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan / buat bentuk pilihan




Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit




Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.




Selamat Mencuba :-)

 
DARI DAPUR SURIYATI ZUHAINI - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore